Thursday, May 5, 2011

Cup Cake Pisang Sempoi


Apa yang diperlukan? (20-25 biji saiz m)
  • 150 gm pisang emas (lebih kurang 3 biji pisang sederhana) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam
Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan cecair dahulu (minyak, telur dan pisang) dalam blender.
  2. Kemudian masukkan bahan2 lain.
  3. Putar dengan blender hingga sebati dan nampak putih.
  4. Masukkan dalam cup saiz m hanya separuh cup, jangan lebih tau.(macam gambar bawah ni)
  1. Bakar pada suhu 150C (ikut oven umi) selama 20 - 25 minit dengan api atas dan bawah.
ok la kalau sesiapa nak buat versi kek( versi asal) dari kak ummi kuantan, umi letakkan resepinya kat sini ya...
Bahan:-
  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.
(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)

No comments:

Post a Comment