Tuesday, September 27, 2011

cornflakes cookies

resepi ni delicious sgt but i am still searching for my arwah umi's melting moments recipe to resurface

kek n biskut sapuannnnnnnnnn

Tiramisu


kek ni hasil maksu n iqqi sedap makan raya ari tu thank uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
 



Bahan2
Cream cheese filling (modified dari umi_e@myresipi.com)
250g Philadelphia cream cheese, suhu
bilik250g @ 1C non-dairy whipping cream/fresh cream
80g gula kastor (boleh dikurangkan lagi kalau tak suka manis)
1st esen vanila1sb sirap kopi (resepi di bawah)

Sirap kopi:
1/2sb serbuk nescafe classic (nak lagi pekat boleh guna 1sb)
1C air panas*dicampur dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik

Hiasan:3 peket x 12 batang sponge fingersserbuk koko (saya guna brand Tudor)


CARA:-
Pukul cream cheese dengan gula sehingga gebu dan gula hancur, ketepikan.-Bekas lain, pukul fresh cream hingga kental tapi jangan terlampau kaku (lebihkurang 80% kekentalan).-Campurkan kedua-dua cream cheese dan fresh cream, gaulkan sebati guna mixer/spatula hingga gebu.-Masukkan esen vanila dan 1sb sirap kopi, pukul/gaul rata.-Sediakan springform pan. Celupkan sponge fingers dalam sirap kopi sesaat dua dan susun pada dasar loyang. (saya susun 8 batang).-Sapukan 1/3 bahagian cream cheese dan ayakkan sedikit serbuk koko.-Ulang penyusunan sponge fingers-cream cheese-serbuk koko hingga mendapat 3 lapisan sponge fingers dan 3 lapisan cream cheese.-Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 3 jam.-Bila dah betul-betul sejuk, ayakkan serbuk koko atas lapisan cream cheese terakhir. -Sisipkan pisau kecil di keliling loyang dan keluarkan tiramisu. Susun sponge fingers keliling tiramisu (saya guna 12 batang sponge yang dibelah 2).

CHOCOLATE BALLS



resepi by Maksu Nah n the balls made by Siti Hanirah 
Untuk  buat bebola:

200gm biskut marie – tumbuk halus
1 tin susu pekat
2 cawan kelapa parut
3 ½ sudu besar serbuk koko
¾ cawan kacang tanah – digoreng dan tumbuk kasar

Bahan untuk sos (topping):

3 ½ sudu besar planta
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat

Untuk hiasan: 

Chocolate rice
Paper cups


Cara:
  1.  Gaul biskut marie, kacang, kelapa dan serbuk koko dlm satu bekas.
  2. Masukkan susu pekat sikit-sikit dlm adunan tadi , gaul hingga boleh membentuk spt bola.
  3. Bulat-bulaatkan adunan ini sebesar ibu jari kaki dan ke tepikan.
  4. Campurkan bahan-bahan utk membuat sos dlm satu periok dan masak di atas api yg perlahan sehingga mendidih.
  5. Angkat dan celupkan bebola tadi ke dlm sos dan letakkan dlm paper cup serta dihias dgn chocolate rice. Sejuk dlm peti sejuk.

HONEYCORNFLAKES HASLIZA

Another ardent cook n colleague of mine Pn Hasliza Abu Yazit shares this easy peazy recipe thanx for sharing sis!!!!!

Bahan:
1 box besar cornflakes yg ada 100gms extra tu
sesame ikut suka
cherry hias ikut suka colour and design blasah ja
butter 1 bar
gula 5 camb
madu 5 camb 
cara:
melt butter,gula n madu dalam periuk atas api masukkan cornflakes n gaul rata pastu hias dengan sesame dan cherry... pastu masukkan ke dalam paper cups n bakar selama 10 minit

chocolate cake made by Darlina Resepi By Kak Za


Resepi turun temurun dari saudara kepada rakan2 thank you kak Zakiah Abd Majid yg telah sudi mensharekan resepi inji dan kepada adik Nor Darlina Idris pasai buat n jamu kak ni love ya both 
bahan:
campurkan kesemua bahan dibawah di dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil kemudian sejukkan sebelum langkah seterusnya
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan koko
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak/jagung

bila campuran di atas sudah sejuk masukakn selang seli bahan - bahan dibawah sedikit demi sedikit hingga sebati

3 biji telur (biblend lagi baik)
1 cawan tepung gandum
1 camt baking powder

Steam it for 45 minitssssssssss

Tuesday, September 13, 2011

BISKUT BUAH PINGGANG BY HASLIZA ABU YAZIT

BAHAN A
1cwn gula
2cwn mentega
1biji telur
1camt esen vanilla

BAHAN B
2cwn tepung gandum
2camb tepung kastard
1cwn tepung jagung

BAHAN C
2 cwn biskut mari(blend)
1cwn oat
sdkt cornflakes yg dramas utk topping
CARA;
putar bahan a jgn smpai kembang
masukkan telur n pukul lg
masukkan esen vanilla
masukkan bahan b sedikit demi sedikit diselang seli ngn bahan c
uli hingga menjadi doh yg lembut
canai n terapkan
sapu kuning telur, tabur c/flakes
bakar suhu 180 selama 10minit

Sunday, September 11, 2011

SAMPRIT CIK HALIJAH HASHIM

bahan:
A
1 bar butter
1 1/2 cawan gula ising
3 telur merah
B
1 sdt vanila
1 1/2 cawan tepung jagung butterfly
1 cawan tepung kastad bird's
2 1/2 cawan tepung gandum

ceri untuk hiasan

Cara2

1. Bahan A di atas di putar lebih krg 5 minit kemudian masukkan bahan B dimulakan dengan tepung jagung, tepung kastad last sekali tepung gandum mulakan dengan senduk kayu then gaul sebati dengan tangan.

Friday, September 9, 2011

serabai saerah

bahan:
2 caw tepung beras
 1 camb santan pekat
minyak untuk lenser
air sejuk & panas secukupnya

cara2
1. bancuh tepung dengan air sejuk, kacau sampai sebati masukkan garam & santan
2. campurkan air mendidih
3. panaskan acuan sat sahaja. lenser acuan dengan minyak
4. masukkan adunan tudung dengan tudung periuk
5. masak hingga nampak lekang dari acuan
6. angkat dan tangkupkan
# adunan yang dibancuh akan pekat bila agak lama so tambah air panas

jejari oat

resepi by cik halijah hashim nice n cruchy texture

bahan:
1 ketul butter
250g tepung ( 150g tepung gandum & 100g tepung jagung)
50g gajus kisar
50g badam kisar
40g coco powder
1 camb minyak sapi
200g oats( 3 in 1 ) kisar
1 sdt emplex
1 sdt vanilla
susu utk coating