Sumber Resepi : http://
Bahan A
250gm mentega
30gm shortening
250gm gula perang
2 tsp esen vanila
2 biji telur Grade B
Bahan B
460gm tepung gandum - diayak
1/2 tsp baking powder
1 tsp emplex
1/4 tsp garam halus
60gm badam cincang - dipanggang
Hiasan : Coklat m&m/smarties
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim, masukkan esen vanila dan telur satu persatu dan pukul hingga bergaul rata.
2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15-20 minit.
3. Ambil 1/2 Tbsp adunan (kecil) atau 1 Tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekan dengan 3-6 biji coklat m&m smarties.
4. Panaskan oven, susun di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu. Jarakkan biskut 5cm antara yang lain kerana biskut ini mengembang.
5. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
*** Jika ingin tekstur yg lebih lembut kurangkan sukatan tepung gandum 80-100gm.