Tuesday, March 13, 2012

self saucing eggless choc pudding

when i saw this mouth watering dessert i just couldn't help myself...thanx fara rafi 4 sharing this lovely recipe...



  • Bahan-bahan kek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan gula kastor (sy pakai 1 cawan je)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 ½ sudu besar serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 1 cawan susu (sy pakai susu segar)
  • 1/2 cawan mentega/marjerin, dicairkan

  • Bahan-bahan sos
  • 2 cawan gula perang (sy pakai 1 cawan je)
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 3 ¼ cawan air mendidih dicampurkan dengan 2 sudu besar serbuk kopi

  • Cara-cara
  • 1) Panaskan ketuhar kepada 180°c.
  • 2) Untuk adunan kek, campurkan tepung, gula kastor, koko, serbuk penaik (baking powder) dan garam bersama-sama. Tambah susu dan mentega/marjerin cair kepada bahan-bahan kering. Campurkan sehingga sebati. Tuang ke dalam dulang pembakar 9 inci.
  • 3) Campurkan gula perang, serbuk koko, dan air mendidih sehingga gula dan koko larut. Tuangkan ke atas adunan kek. Bakar pada suhu 180°c selama kira-kira 45 minit atau hingga kek masak.
  • 4) Hidangkan dengan ditaburkan dengan serbuk koko dan krim putar.

No comments:

Post a Comment