Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Pulut tanak rice cooker

thank pada Mak cik Bunga emak mertua Kak Fadzilah Paimin yg telah share bahawa nak masak pulut tak payah kukus boleh guna rice cooker....thank u makcik for sharing n kerna menemani hari2ku yang panjang d hospital
pulut sambal inti ikan

  1. Cuci beras pulut, bubuh air.
  2. Tak payah rendam.
  3. Sukat airnya satu inci atas beras tadi dan bubuhlah sikit garam. 
  4. Kalau nak bubuh dua atau tiga sudu santan pekat tu, bolehlah. 
  5. Kacau dan tanak.
  6. Jangan nak menyibuk kejap2 bukak rice cooker tu. Biarkan sampai masak baru dikais2 tau! 
thank u kak jee at http://www.dapurkakjee.com coz share cara yg terperinci ni

nasi lemak pandan

nasi lemak pandan
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-8 orang)

2 cawan beras 
4 helai daun pandan- kisar bersama 1 cawan air- tapis
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
1/2 inci halia- dihiris
1/2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
setitik dua pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan, halia, halba, air pandan, garam dan pewarna hijau. Masak nasi seperti biasa.

Sambal nasi lemak:

10 tangkai cili kering- buang biji dan rebus. Toskan dan kisar bersama 1 cawan air dan 1 sudu besar minyak masak.

Bahan dikisar halus:
3 labu bawang besar,
2 ulas bawang putih
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula - ikut suka
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

tambahan
segenggam ikan bilis siap dikopek belah belakang - di goreng
kacah tanah segenggam - digoreng
5 biji telur rebus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. 
2. Goreng ikan bilis sebentar hingga garing dan ketepikan sama juga dgn kacang tanah. 
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dikisar. Tumis hingga berbau harum.

2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar hiris bulat jika suka. Biar layu dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi lemak dan lauk-pauk lain.
nasi lemak pandanku
yang ni makan dgn sambal tumis ikan yummy

Monday, August 8, 2011

nasi goreng ketam

Kemarin dah tak tahu nak jamu apa anak2 dah mcm tak lalau nak makan so i made nasi goreng ketam.
Bahan2:
Nasi 1/2 periuk kecil
cili kering blended 1 camb
serbuk curry ikan baba's 1 packet
bawang besar selabu di goreng garing n put sebelah
telur 2 biji
bawang putih 2 ulas
garam & gula

Steps;
1. of course letak nasi bila kering gembar gembur kan
2. tumis bawang putih bila wang masukkan cili blended n serbuk kari(Jgn camp air lagi Tau tuang terus)
3. Bila dah garing masukkan ketam dan sedikit je air n biar ketam tu masak
4. bila dah masak dan kelengkap tu dah menyelaputi ketam boleh la pecahkan telur utk pekatkan sedikit rampai nasi goreng kita tu
5. next masukkan bawang besar yang dag di goreng garing bersama nasi dan perasakannya
6. goreng la sampai agak kering mcm nasi goreng lain la thennnnnnnnnn makan