Showing posts with label noodles. Show all posts
Showing posts with label noodles. Show all posts

Monday, August 8, 2011

spaghetti my way

entah la i llike western food but i love to fusion it to my tastebuds therefore this spicy spaghetti is the result of my fusioning skills.
Bahan:
1 packet of spaghetti (rebus dengsn garam n minyak n ditoskan)
1 botol sauce spaghetti apa chap pon boleh aje but i prefer prego
1 bungkus daging cincang
2 labu bawang besar didadu
4 ulas bawang putih di cincang
15 biji fresh mushroom dihiris
20 cherry tomatoes di belah ( tak boh pon no hal)
15 biji @ ikut suka meatballs
2 camb cili blended
1 sdt serbuk lada hitam
* mau suka capsicum pelbagai warna yg didadukan 
 garam n gula
caranya:
1. Tumis bawang putih dengan 4 sdb minyak masak
2. masukkan cili blended bila dah garing masukkan daging cincang dan gula (sesedap rasa)
3. bila air daging dah kering masukkan sos prego, serbuk lada hitam dan mushroom serta cherry tomatoes
4. perasakan dan masukkan meatballs or chicken balls pon ok je
5. * kalu suka capsicum mentah tabur jadi ganish kalu tak lalu masukkan last sekali dlm sauce tadi ....tak letak pon tak pa

6. nak serve mcm biasa ya boh spaghetti tu pas tu tuang kuah atas n hias orrrrrrrrrrrrrr tambah air sikit and masukkan spaghetti yg rebus tadi n masak sat... kami suka mcm ni
 sedap n sempoi  

Tuesday, December 21, 2010

Homemade Koay Teow from http://terminalhijrah.blogspot.com

Dalam masa tak sampai sejam dapatlah lebih kurang 1kg. Ini resepinya...

  • 350 gm tepung gandum
  • 150 gm tepung beras
  • 1 biji putih telur
  • 200 ml air
  • tepung ubi secukupnya
  • minyak secukupnya
  • air utk merebus
  • garam secukupnya

Satukan kedua2 jenis tepung, putih telur & air dlm mangkuk adunan & uli doh. Jerang air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak ke dalamnya.
Ambil sedikit adunan & masukkan dalam mesin pasta pada no 1 & putar. (makin banyak tepung makin panjang kuey teownya)
Putar adunan hingga tepung nampak rata & tukar pulak ke no besar ( no4 atau 5)
Putarkan sehingga jadi nipis. Taburkan tepung ubi atas adunan supaya tak melekat.
Kemudian masukkan ke dalam pemotong mesin pasta bergigi besar (biasanya ada 2 jenis aje, untuk mee atau kuey teow)
Didihkan air & rebus kuey teow sedikit demi sedikit. Rebus sebentar je atau hingga timbul.
Angkat dan toskan.
Letakkan kuey teow dalam dulang & tuang minyak sikit, gaul rata. Harus dibuat pada masa kuey teow sedang panas jika tidak ia akan melekat antara satu sama lain.
Ulang proses hingga selesai, sejukkan sebelum disimpan.

Laksam dr http://dapuraulad.blogspot.com

Resepi asal dari Yani MyR.

Bahan-bahan:

3 c tepung beras

1/2 c tepung gandum

4 c air suam

Kuah:

6 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya

1 inci halia

2 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

serbuk lada hitam

santan pekat

asam keping

garam secukup rasa

Ulam-ulaman:

Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum, kobis - dipotong halus

Bahan cili (jika mahu pedas, tambah lagi cili)

Cili merah

cili padi

garam

sedikit belacan

Cara membuatnya:

1. Laksam : Sebatikan semua bahan. Sediakan periuk kukusan. Ambil tudung periuk nipis dan sapukan sedikit minyak masak untuk mengelakkan aduanan melekat pada tudung periuk.

2. Ambil adunan dan tuang atas periuk (agak-agak melitupi tudung periuk itu) dan kukus selama 2 minit. Pastikan api dapur sederhana supaya laksam tidak menggelembung.

3. Bila sudah masak, keluarkan tudung periuk tersebut. Biarkan sebentar sebelum digulung supaya laksam menjadi licin dan cantik.

4. Ulang untuk seterusnya sehingga habis.

5. Kuah: Kisar isi ikan, bawang dan halia. Masukkan ke periuk bersama santan pekat dan air secukupnya. Masukkan lada hitam, garam. Masak sehingga agak pekat dan menggelegak. Tutup api.

6. Cili: Tumbuk semua bahan.