Showing posts with label tea time. Show all posts
Showing posts with label tea time. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Easy Quick Buns

Ingredients: Serves: 12-15Yield: 12.0 Buns Units: US | Metric
4 1/2 cups flour 
4 1/2 teaspoons dry yeast (2 8g packages)
1 cup milk 3/4 cup water 
1/2 cup margarine or 1/2 cup butter or 1/2 cup oil 
1/3-1/2 cup white sugar 
1/2 teaspoon salt 
Directions: 
1 Mix 2 C flour& yeast in a large bowl. 
2 In a separate bowl, heat milk, water, oil, sugar& salt to lukewarm in microwave. 
3 Add all at once to flour mixture and beat till smooth. (Approx 2 mins in a Kitchenaid stand mixer). 
4 Mix in enough flour to make a soft dough (2 - 2 1/2 Cups). 
5 Mix well until dough is soft and slightly sticky, then turn out onto floured surface and let rest under a large greased bowl for about 15 minutes. 
6 Shape dough into 12-15 small balls and place on greased baking sheet to rise until doubled in size. (approx 45 Mins). 
7 Bake in preheated 400 degree oven 12-15 minutes.
the doh
 
hihi u can put filling in it too here i used sardines

Read more at: http://www.food.com/recipe/easy-quick-buns-328441?oc=linkback

Wednesday, October 12, 2011

bengkang jagung



Bahan
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair
 

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang. 
* Thanxxxxxxxxxxx to kak Hanieliza

Friday, September 9, 2011

serabai saerah

bahan:
2 caw tepung beras
 1 camb santan pekat
minyak untuk lenser
air sejuk & panas secukupnya

cara2
1. bancuh tepung dengan air sejuk, kacau sampai sebati masukkan garam & santan
2. campurkan air mendidih
3. panaskan acuan sat sahaja. lenser acuan dengan minyak
4. masukkan adunan tudung dengan tudung periuk
5. masak hingga nampak lekang dari acuan
6. angkat dan tangkupkan
# adunan yang dibancuh akan pekat bila agak lama so tambah air panas

Thursday, May 5, 2011

Blended Orange Cake



  • 1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit
  • 1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa
  • 2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - next time nk kurangkan 1 cwn je
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum* - hana guna tepung SRF + 1sk baking powder
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
  • Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  • Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
lupa siapa tuannya maap yaaaaaaaaaaa

Saturday, April 16, 2011

English Style Banana Cake

Bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-3 biji telur
-5 biji pisang ( dilenyek )
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil bikarbonat
-1 cawan minyak
-Hirisan pisang ( untuk hiasan )
Cara-cara:
-Pisang dilenyek, ketepikan
-Pukul telur dan gula hingga hancur
-Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan pukul lagi
-Masukkan minyak, tepung gandum dan pisang yang dilenyek
-Gaul rata
-Sapu marjerin pada loyang, tuang adunan tadi
-Hias dengan hirisan pisang di atas adunan
-Bakar selama 45-50 minit
http://matahari71.blogspot.com diambil dari sini thanx ya tuan resepi

Sunday, March 20, 2011

cucur kangkung hababah

Bahan-bahan
3 caw gandum
1 sdt baking powder
100gm udang kertas / bilis tumbuk / udang geragau 
100gm sayur kangkung di hiris 
1 sdt garam halus 

1 sdt gula3/4 cawan air
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 cabai merah  dihiris

* boleh letak telur 1 kalu suka
Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit sampai adunan mcm gugur yg selalu kita buat tak terlalu cair n tak terlalu keras
2.  Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan


Sos Cili (resipicitarasawan.blogspot.com)5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar sos cili
100gm gula melaka di racik halus
200ml air asam jawa
sedikit garam

Cara :  Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.  Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam.  Masak hingga hampir pekat.  Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil.

cucur nasi

Bahan2
1 cwn nasi n 1 cwn air diblender..tak yah hancur sgt biji2 nasik tu 
1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji cabai besar dihiris nipis (jika suka)
Ikan bilis ikut selera
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara2
1. Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
2. Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
3. Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
4. Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis..

Saturday, March 19, 2011

meat pies

 

thank you to jujieazira

Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )


  • DOH PIE :
  • 150gram butter
  • 280gram tepung gandum 
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus
  • INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi or daging cincang
  • (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • ~guna mix vegetable pon OK~
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1/2 tn kacang peas
  • BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • (#)  gula (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu besar sos tiram
  • (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara

  1. CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
  2. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  3. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
  4. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
  5. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
Sejukkan inti pie.

CARA-CARA MEMBUAT DOH:

  1. Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
  1. Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
  2. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
  3. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
  4. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
  6. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.

fried fetuccini

cucuq labu


Friday, March 18, 2011

sheperd's pie

Bahan-bahannya:
2 biji bwg putih dicincang
2 biji bwg besar,didadu kecil
50g cendawan butang,dihiris nipis
2 batang lobak merah,didadu kecil
sebelah brocoli dadukan
1 tin kecil kacang peas hijau
* kalu tak suka sayur boleh tambah daging lebih tapi tak best
450g daging cincang (sebungkus)
2 sudu besar tepung gandum
300ml air dgn 1 kiub ayam dicampur
1 sudu besar tomato puri
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
600g kentang,dipotong dan direbus bersama garam serbuk lada hitam
25g butter
60ml susu segar
beberapa keping cheese atau keju cheddar,diparut ikut selera masing2

Cara-caranya:

1)Tumis bwg putih dan masukkan daging
2)Masukkan bwg,cendawan,brocoli dan lobak merah. Kacau rata lebih kurang 8-10minit.
3)Masukkan tepung dan kacau lagi selama 1minit.
4)Masukkan air dan kiub daging/ayam dan pes tomato. Kacau perlahan hingga kuah memekat.
sebelum tutup api masukkan kacang peas dan kacau sat.Tutup api.....


5)Dalam periuk lain,rebus kentang hingga lembut dengan garam. Toskan air dan lenyekkan kentang bersama butter, black pepper dan susu segar.

6) Masukkan daging yg dimasak tadi ke dlm bekas pie atau porcelain yg sesuai senang guna caserole dish

7)Kemudian,letakkan kentang lenyek tadi di atas daging dan ratakan agar kesemua bahagian daging telah diselaputi dengan kentang.

Taburkan keju ke atas kentang dan bakar pie di dlm oven 200C selama 15-20minit.
Devilishly delicious eaten with salads and coleslaw.

Sunday, February 6, 2011

bread and apple pudding




BAHAN-BAHAN :

Roti sandwich besar

Buttercup (1) - cairkan

Telur 4 biji

Susu segar 900ml

Satu sudu kecil esen vanilla

Gula satu cawan boleh krg ke 3/4 cawan je

secubit garam

Kismis n buahan kering

2 apple hijau di mayang dan digaul dgn 2 sdb gula perang dan perahan 1/2 limau nipis letak sebelah dulu

CARA-CARA :

1. Panaskan oven sehingga 180'C

2. mesin susu, telur, gula dan esen dalam sampai sebati atau sampai gula hancur.

3. Sapu loyang pembakar dengan marjerin

4. Susun roti sehingga tidak kelihatan ruang kosong kemudian taburkan hirisan apple.selang seli sampai abis.

5. Sebelum tuang adunan no 2 ke atas roti, tuang dengan buttercup cair dulu. Lepas tu barulah tuang no 2 ke atas roti biar semua roti kena.

6. Tabur apple,kismis@buahan kering ke atas roti tadi

7. Bakar for 15 - 2o minits


Thursday, January 27, 2011

LASAGNA ala wan






i modified n made double portions of the ingredients

Bahan-bahan untuk lasagna:

Lasagna sheets (kepingan lasagna) – 4-5 keping
Keju - diparut halus (lebih kurang 1 mangkuk)
Aluminium foil.

sos putih @bechamel sauce

Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Four Cheese Pasta Sauce (-takde leh guna cream mushroom pasta sauce/mushroom cream soup - kalu dua2 tak dak tak payah boh hihi)
Garam
Serbuk lada hitam

1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam

tambahan utk tabur atas "sos putih"kalu suka
capsicum
onion
tomatoes

Cara-Cara Masak “Red Sauce”

Panaskan minyak
Masukkan bawang besar, bawang putih yang sudah dipotong dadu. Tumis sehingga naik baunya.
Setelah naik baunya, masukkan daging cincang. Ketika daging separuh masak, masukkan 1 sudu kecil “Italian Herbs” & masukkan garam. Kacau sehingga masak.
Setelah dagingnya masak, masukkan tomato dan tomato puree/paste. Kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan cendawan butang , “capsicum” n semua sayur -sayur . Kacau supaya sekata. Kemudian biarkan dengan api sederhana sehingga masak.
Sebelum api ditutup, campurkan 1 sudu kecil lada hitam, dan setelah itu masukkan segenggam kecil keju (yang sudah diparut). Kacau seketika & tutup api.


Cara-Cara Siapkan dan Bakar Lasagna
Lapisan2 perlu dibuat di dalam “casserole”. Secara asasnya, boleh dibuat mengikut selera masing2, tetapi yang penting di atas & bawah kepingan lasagna (lasagna sheets) perlu ada “red sauce” supaya lasagna nya cukup masak/kembang, serta Lapisan paling bawah perlulah diletakkan “red sauce”. Lapisan di atas, perlulah keju parut.selang seli dengan sos putih sampai habis.

Setelah susun seperti berikut, bakar di dalam Oven dengan suhu 180°C selama 30 minit