Tuesday, December 21, 2010

Homemade Koay Teow from http://terminalhijrah.blogspot.com

Dalam masa tak sampai sejam dapatlah lebih kurang 1kg. Ini resepinya...

  • 350 gm tepung gandum
  • 150 gm tepung beras
  • 1 biji putih telur
  • 200 ml air
  • tepung ubi secukupnya
  • minyak secukupnya
  • air utk merebus
  • garam secukupnya

Satukan kedua2 jenis tepung, putih telur & air dlm mangkuk adunan & uli doh. Jerang air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak ke dalamnya.
Ambil sedikit adunan & masukkan dalam mesin pasta pada no 1 & putar. (makin banyak tepung makin panjang kuey teownya)
Putar adunan hingga tepung nampak rata & tukar pulak ke no besar ( no4 atau 5)
Putarkan sehingga jadi nipis. Taburkan tepung ubi atas adunan supaya tak melekat.
Kemudian masukkan ke dalam pemotong mesin pasta bergigi besar (biasanya ada 2 jenis aje, untuk mee atau kuey teow)
Didihkan air & rebus kuey teow sedikit demi sedikit. Rebus sebentar je atau hingga timbul.
Angkat dan toskan.
Letakkan kuey teow dalam dulang & tuang minyak sikit, gaul rata. Harus dibuat pada masa kuey teow sedang panas jika tidak ia akan melekat antara satu sama lain.
Ulang proses hingga selesai, sejukkan sebelum disimpan.

Laksam dr http://dapuraulad.blogspot.com

Resepi asal dari Yani MyR.

Bahan-bahan:

3 c tepung beras

1/2 c tepung gandum

4 c air suam

Kuah:

6 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya

1 inci halia

2 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

serbuk lada hitam

santan pekat

asam keping

garam secukup rasa

Ulam-ulaman:

Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum, kobis - dipotong halus

Bahan cili (jika mahu pedas, tambah lagi cili)

Cili merah

cili padi

garam

sedikit belacan

Cara membuatnya:

1. Laksam : Sebatikan semua bahan. Sediakan periuk kukusan. Ambil tudung periuk nipis dan sapukan sedikit minyak masak untuk mengelakkan aduanan melekat pada tudung periuk.

2. Ambil adunan dan tuang atas periuk (agak-agak melitupi tudung periuk itu) dan kukus selama 2 minit. Pastikan api dapur sederhana supaya laksam tidak menggelembung.

3. Bila sudah masak, keluarkan tudung periuk tersebut. Biarkan sebentar sebelum digulung supaya laksam menjadi licin dan cantik.

4. Ulang untuk seterusnya sehingga habis.

5. Kuah: Kisar isi ikan, bawang dan halia. Masukkan ke periuk bersama santan pekat dan air secukupnya. Masukkan lada hitam, garam. Masak sehingga agak pekat dan menggelegak. Tutup api.

6. Cili: Tumbuk semua bahan.

Monday, December 20, 2010

Kuih Talam Berlauk


Kuih Talam Berlauk (Kukus)
  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar(udang geragau pun ok)
  • 3 Cawan air+1/2 cawan santan pekat
  • Daun bawang - dihiris halus Daun sup dihiris
  • 1 batang carrot dihiris halus
  • 1biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa
  • 300gm daging cincang, tumis dengan bawang putih,bawang merah, halia dan serbuk kari.

Cara-cara

  1. Bancuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, daging,carrot, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. Gaul hingga semua sebati.Perasakan dengan garam.
  3. Kemudian masak adunan hingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.Sentiasa kacau, jangan sampai berketul.
  4. Masukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.*Kalau nak senang keluarkan dari loyang, alas dengan plastik.
  5. Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili merah atas adunan tadi.
  6. Kukus lagi selama 15 minit.from http://mynurkasih.blogspot.com