Tuesday, December 21, 2010

Laksam dr http://dapuraulad.blogspot.com

Resepi asal dari Yani MyR.

Bahan-bahan:

3 c tepung beras

1/2 c tepung gandum

4 c air suam

Kuah:

6 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya

1 inci halia

2 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

serbuk lada hitam

santan pekat

asam keping

garam secukup rasa

Ulam-ulaman:

Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum, kobis - dipotong halus

Bahan cili (jika mahu pedas, tambah lagi cili)

Cili merah

cili padi

garam

sedikit belacan

Cara membuatnya:

1. Laksam : Sebatikan semua bahan. Sediakan periuk kukusan. Ambil tudung periuk nipis dan sapukan sedikit minyak masak untuk mengelakkan aduanan melekat pada tudung periuk.

2. Ambil adunan dan tuang atas periuk (agak-agak melitupi tudung periuk itu) dan kukus selama 2 minit. Pastikan api dapur sederhana supaya laksam tidak menggelembung.

3. Bila sudah masak, keluarkan tudung periuk tersebut. Biarkan sebentar sebelum digulung supaya laksam menjadi licin dan cantik.

4. Ulang untuk seterusnya sehingga habis.

5. Kuah: Kisar isi ikan, bawang dan halia. Masukkan ke periuk bersama santan pekat dan air secukupnya. Masukkan lada hitam, garam. Masak sehingga agak pekat dan menggelegak. Tutup api.

6. Cili: Tumbuk semua bahan.

No comments:

Post a Comment