Tuesday, December 28, 2010

macaroni bakar


Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega .. minyak pon ok
500 g daging cincang
30 gm mentega
2 biji bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu tomato paste
2 sudu cili giling
½ sudu kecil oregano
2 biji tomato buang biji, potong dadu
2 biji capsicum merah /hijau - potong dadu
gula,garam

Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan cili giling, daging cincang, tomato paste, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, masukkan macaroni, tomato, capsicum dan perasakan.
4. Kalu nak makan as makaroni goreng stop sini kalu nak baked makaroni sambung next step
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
6. Tuang and gaul macaroni goreng dengan sos putih di bawah
7. Kalu suka boleh tabur cheese i tak boh pon hihi

Sos Putih :
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
4 telur
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat
1. Tepung gandum,
lada sulah, telur, garam dan susu di blend sekejab(guna blender cabai ja)
Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 40 - 60 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan



No comments:

Post a Comment