Monday, August 27, 2012

PAVLOVA


Source : Chef Azli
Bahan-bahan
4 biji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula castor
1/2 sudu kecil  vanilla essence
1 sudu kecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung

Topping:
1 cup (240 ml) whipping cream @ mascapone cheese
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing
1/2 sudu kecil vanilla esen
Cara membuat krim
Pukul Mascapone@whipping cream dengan gula dan vanilla sehingga kembang.
ATAU spray ja whipping cream instant dlm tin tu hihi sebab pavlova tu dah manis dah 

Bahan hiasan
Buah segar- strawberries dan oren/sunkist. Buah-buahan mengikut kesukaan anda
 

Cara membuat
  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla essence, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter. tapi boleh buat ikut sukaaaa
  4. Bakar dalam oven sepanas 130C selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar
the mixture b4 baking




No comments:

Post a Comment