Wednesday, August 29, 2012

White seafood n chicken lasagna

ini request dr anak menakan kesayangan.........siapa cuba teka

Bahan utama :

Kepingan lasagna- guna yg tesco murah


Bahan2 utk buat inti seafood :
1. Sos prego - tomato, bawang putih dan basil
2. Cendawan butang or fresh shitake
3. 1 mangkuk isi udang no kulit
4. Serbuk black pepper 
5. 3 Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu
6. cauliflower 1/4 biji
7.Sausage ayam secukup makan hihi
8. Garam secukup rasa
cara2
tumis bawang putih yg dicincang masukkan 1 mangkuk udang yang dibuang kulit dan bawang besar kacau masukkan fresh Shitake/butang mushroon dan cauliflower bila layu masukkan sedikit crush pepper n sikit garam boleh juga guna prego tomato,garlic n basil tuang setin lg byk lg sedap

THE BECHAMEL SAUCE/Sos putih
Bahan2 utk Sos Putih :
2 sudu besar butter 
Keju cheddar @ 2 keping Cheese
@ setin preego cheese n herbs lagi wonderful 
2 caw @ 250 ml fresh milk

2 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa

Cara Membuat Sos Putih/Bechamel :
Cairkan butter..
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik 
Masukkan fresh milk
Masukkan keju cheddar/cheesedale @ preego cheese n herbs 
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
 * Nota : nak lebih sedap guna lebih sos putih 

Cara Melapis Lasagna :
Ambik loyang aluminium..sapu sedikit butter n senduk sesenduk sos putih dan susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
Taburkan dgn filling seafood dan sausage ayam yang dihiris.
Tuangkan sos putih cover semua filling tadi pas tu susun  kepingan lasagna
Ulang ikut suka hati berapa layer.. yg penting last layer mesti sos putih dan cheese(kami boh cheese slice jer)
Bakar pada 180 celcius dalam 30-40 min api atas bawah..bakar sampai agak2 perang bergantung pada size@jenama oven rumah 

No comments:

Post a Comment